Versi Bahasa Malaysia daripada Wong Chun Xing

Kuching, Tawau and Kota Kinabalu Holiday Trip


6 Ahad 7 Isnin 8 Selasa 9 Rabu 10 Khamis 11 Jumaat 12 Sabtu 13 Ahad

12 Disember 2009  Sabtu
Hari Sebelumnya  1  2  3  4  5 
6  7  8  Seterusnya   |  English Version



 

"Gunung yang berkabus dan berhujan"
... Dr Willem Meijer - ahli botani (pengkaji tumbuhan)

"Satu jam ia di sana, seterusnya ia menghilangkan diri dalam dunia awan."
Tom Harrison - kurator muzium Sarawak 1947 sampai 1967

Pusaran kabus dan gerakan awan selalu mengubah pemandangan Gunung Kinabalu tapi kecantikannya kekal. Pagi ini, Gunung Kinabalu ditutupi awan. Saya dapat mendengar bunyi merdu burung tetapi
burung-burung tersebut tidak dikelihatan. 

Pemandangan dari sini sangat elok : Gunung Kinabalu boleh dikelihatan jauh, dijemur oleh cahaya matahari yang terang, persekitarannya ialah langit yang biru dengan awan-awan putih.

Puncak Gunung Kinabalu yang gerigi tidak ditutupi oleh kabus. Selepas mengambil gambar yang di atas ini, awan dan kabus datang kembali untuk menutupi gunung ini.

Dua gunung yang tertinggi selepas Gunung Kinabalu ialah Gunung Trus Madi (2642 meter) dan Gunung Tambuyukon (2580 meter). Gunung Trus Madi terletak 50 kilometer di utara Gunung Kinabalu dan Gunung Tambuyukon 20 km di baratnya.

Kaki Gunung Kinabalu yang terendah ialah Taman Air Panas Poring Ranau (Poring Hot Springs), ia cuma setinggi 550 meters. Gunung Kinabalu boleh menangkap awan-awan dan mengakibatkan hujan besar

Pelancong haruslah datang dengan membawa baju hujan dan payung. Untuk sesiapa yang hendak melancong ke sini, Gunung Kinabalu terletak di bahagian barat Sabah. Sabah terletak di bahagian utara Pulau Borneo. Puncak Gunung Kinabalu boleh dilihat dari Laut Cina Selatan. Badan besar Gunung Kinabalu menjadikan sekitarannya kelihatan kecil. Saiz Taman Kinabalu sebesar 750 km persegi (300 batu persegi). Gunung Kinabalu (4101 meter) ialah gunung tertinggi dari kawasan Himalaya sampai Irian Jaya (barat Papua).



Awal pagi kami bangun dan datang ke kantin Aristo untuk sarapan pagi. Untuk sarapan kami memakan Nasi Ayam (Rm5.50) dan Nasi Goreng Kampung (Rm 6.00). Untuk minuman, kami minum jus manga (Rm4.00).

Burung-burung timbul pada waktu awal ini untuk memakan sarapan pagi juga. Mereka terbang ke sini dan ke sana sambil mencari serangga. Burung layang-layang ada kesusahan untuk menangkap kupu-kupu yang berdiri di dinding kerana mereka akan melanggar muka mereka pada dinding.

Ada burung layang-layang menjadi pandai dan menyelesaikan masalah ini. Burung-burung yang pandai ini akan terbang dekat dinding untuk mengacau dan menakutkan kupu-kupu. Kupu-kupu yang dikacau akan terbang keluar dan ditangkap dan dimakan oleh burung-burung di udara..

SK. Pinausok. Sekolah yang aman untuk budak-budak yang tinggal di Bandar Kundasan. 

BANDAR KUNDASANG

Kundasang ialah satu bandar gunung yang sejuk. Tempat cantik ini akan muncul dalam filem Hollywood suatu hari nanti.

Kundasang terletak di tengah Taman Kinabalu dan Bandar Ranau. Bandar ini dikenali orang untuk kedai-kedai sayurnya di tepi jalanan. Kedai-kedainya menjual kubis, tomato, lobak, jagung, dan bunga mawar dengan kos yang murah. Anda juga mencari orkid, kaktus, dan pokok di kedai sini. Kundasang juga adalah satu tempat lancongan yang diutamakan. Banyak tempat untuk tinggal macam hotel dibina di sini untuk pelancong-pelancong. Bandar Kundasang cuma 6km dari Taman Negara Kinabalu.


Moth of BorneoMoth of BorneoMoth of BorneoMoth of BorneoMoth of Borneo
Moth of BorneoMoth of BorneoMoth of BorneoMoth of BorneoMoth of Borneo
Moth of BorneoMoth of BorneoMoth of BorneoMoth of BorneoMoth of Borneo

Moth of BorneoMoth of Borneo
Serangga-serangga hebat di Hotel Aristo

Aristo di Kundasang seperti satu muzium kupu-kupu hidup.

Untuk beberapa hari kami tinggal di Aristo, kami dapat lihat banyak jenis kupu-kupu dan serangga lain. Untuk melihat lebih gambar tentang serangga, tekanlah SERANGGA-SERANGGA BORNEO. Ia menunjukkan gambar-gambar serangga yang kami ambil pada perjalanan kami ini.

Taman Negara Kinabalu ada 4 jenis kupu-kupu yang cuma tinggal di sana dan tidak boleh dicari di tempat lain.

Taxonomy = proses menghuraikan, menamakan, dan menjeniskan suatu benda hidup.


Pada tahun 1965, 3 murid Universiti Cambridge menganjur satu ekspedisi ke Gunung Kinabalu dimana mereka menangkap dan mengenalpasti kupu-kupu. Spesimen dari ekspedisi ini boleh dijumpa di Muzium Sejarah Natural (Natural History Museum). Spesimen ini dijaga untuk 40 tahun lebih. Pada 2007, kumpulan kedua dantang dari Universiti York dan membuat pemeriksaan yang sama ini.

Pemeriksaan mereka menunjukkan kupu-kupu yang tinggal di sana telah naik 60m ke atas. Ini menunjukkan suhu yang meningkat membawa kesan kepada serangga-serangga di sini juga. Kupu-kupu telah naik kerana tempat tinggalnya menjadi panas dan merka terbang ke tempat yng lebih tinggi untuk mencari tempat yang lebih dingin.

Kalau suhu dunia terus meningkat, generasi manusia yang baru tidak dapat melihat kupu-kupu yang kita dapat lihat sekarang.

Jeremy Holloway : "Semasa saya melawat gunung tersebut pada tahun 1965, ahli kaji suhu bimbang akan dunia akan mengalami zaman ais lagi, daripada suhu meningkat."

Jeremy Holloway ialah seorang handal tentang kupu-kupu di Muzium Sejarah Natural di UK. Beliau menolong mengenalpasti lebih dari 150 jenis kupu-kupu yang ditangkap dari kedua-dua ekspedisi tersebut. Beliau telah menulis 18 buku tentang kupu-kupu besar Borneo. Buku-buku tersebut terdapat 4500 jenis kupu-kupu dan 25% adalah baru kepada sains.

Baca lebih tentang cerita beliau di  Natural History Muzium :  http://www.nhm.ac.uk

Muzium Sejarah Natural ada koleksi sebanyak 9 juta kupu-kupu dan rama-rama dari seluruh dunia.


Di atas bukit ini ialah Hotel Aristo dimana kami tinggal. Kereta Myvy ini adalah kami sewa punya dari BORNEO EXPRESS untuk satu minggu.

Kabus sedang datang dari kanan. Ada beberapa lembu sedang meragut rumput di kanan. Dua orang yang sedang menurun bukit adalah Uncle Fook Foong dan Aunty Alice. Kami akan meninggalkan gunung-ganang ini dan turun balik ke tanah ratah dan laut dimana Bandar Kota Kinabalu terletak. Esok, keluarga Pakcik Fook Foong akan balik ke Bandar Kuching, Sarawak.

Gambar di atas : Kami berhenti di kedai-kedai kayu ini selama 5 minit untuk membeli bunga untuk memberi kepada nenek moyang kami di kubur.  

Kadai-kedai ini bergabung dan kelihatan panjang. Jauh depan sana kita dapat melihat gunung-ganang dengan tidak jelas.


Kami melimpas Kinabalu Pine Resort dalam perjalanan menurun bukit.

 


Tanah Runtuh di jalanan KK-Ranau

 

 
Kami sampai ke kawasan tanah runtuh ini sekali lagi. Kali ini, pekerja jalanan sudah menjelaskan jalanan ini. Kami dapat melintasi jalanan ini dangan senang.

Akhirnya kami telah menurun bukit ini dan sampai ke Bandar Tamparuli pada pukul 12:30 tengahari. Berapa kilometer lagi kami sampai ke Taman Peringatan Nirvana di Tuaran.

   

Nirvana Memorial park Sabah Tuaran

Nirvana Memorial Park, Tuaran, Sabah
.....di mana nenek moyang kami berehat dengan aman.....

Senang untuk mencari kubur nenek moyang kami kerana cuma kuburnya ada dua payung yang besar dan warna-warni.


Nirvana Memorial park Sabah Tuaran

 

Nirvana Memorial park Sabah Tuaran


Nirvana Memorial park Sabah Tuaran

Divisyen Kwangzhao, Kawasan Po On

Wong Shin Chiang
Lahir : 1887 Disember 17
Meninggal : 1939 Mac 3

Pang Len Yin
Lahir : 1889 September 27
Meninggal : 1979 September 9

(kubur ini) ditubuhkan pada 1999 Disember 22

Anak Lelakinya : 
Syak On, Syak Kee, Syak Choi

Cucu Lelakinya : 
Fook Nyan, Fook Tong, Fook Yee,
Fook Foong, Fook Lok, Fook Shen,
Fook Vui, Fook Nyau, Fook Kiam


Divisyen Kwangzhao, Kawasan Po On

(kubur ini) Ditubuhkan pada 1999 Disember 22

Lee En Kiew

Cucu Lelakinya:
Syak On, Syak Kee, Syak Choi

Cucu Perempuannya :
Nyuk Lan, Sui Hiong, Sui Yun

Nirvana Memorial park Sabah Tuaran

Nirvana Memorial park Sabah Tuaran

 

WONG Shin Chiang 1887-1939

Pada masa itu Cina sedang ada pemberontakkan Boxer pada Dinasti Qing. Beribu-ribu orang Cina meninggalkan negara Cina untuk mencari kehidupan yang jauh lebih baik.

Kira-kira 1905-1906, dua orang daripada pekerja-pekerja asing yang tiba di Kuching ialah seorang muda berambut panjang dan ibunya.

 

 

Kehidupan seorang petani di Kuching sangat susah. Dengan keuntungan $ 2-00nya, dia menaiki sebuah kereta api kargo ke utara Borneo, iaitu Sabah "Tanah di bawah angin". Dia tiba di satu bandar bernama Jesselton.

Kehidupannya memang beruba di Bandar Jesselton. Dia bekerja sebagai seorang kerani untuk Syarikat Landasan Kereta Api Borneo (Borneo Railway Company). Di mengalami penyakit yang kritikal dan meninggal dunia pada tahun 1939.

Dia adalah datuk kepada bapa kami.

   

Nirvana Memorial park Sabah Tuaran

PANG Len Yin  1889-1979

 

Masa Wong Shin Chiang untuk mencari seorang isteri. Encik Pang Vui Chau memanggil kakaknya dari Cina dan Wong Shin Chiang kahwin dengannya.

Perempuan terdidik berumur kira-kira 21 semasa dia belayar datang ke Sabah untuk berkahwin dengan Wong Shin Chiang. Dia anak seorang mubaligh “German Basel Mission”. Seterusnya adalah sejarah keluarga Wong.

Beliau adalah nenek kepada bapa kami.

   

Nirvana Memorial park Sabah Tuaran

Lee En Kiew

 

Dia adalah ibu kepada Wong Shin Chiang yang telah mengikutnya datang ke Malaya.

Tidak banyak cerita diketahui tentang dia. Tarikh lahir dan tarikh meninggalnya tidak dicatatkan.

Seperti kebanyakan perempuan pada masa itu di Cina, dia tidak ada didikan sekolah.

Beliau adalah nenek kepada datuk kami.

   

Nirvana Memorial park Sabah Tuaran

Keluarga Wong Fook Foong.

Dari kiri ke kanan : Alice, Fook Foong, Teresa.


1 Borneo
1 Borneo
Kesemua orang di dalam pusat pembelian sedang dalam semangat krismas (Hari Natal). Lagu hari Natal dikeluarkan dari pembesar suara di merata tempat. Pokok krismas dihiaskan sampai penuh. 1Borneo mesti dilawat.

Kami tiba di 1Borneo kira-kira jam 4:00 petang. Pusat membeli-belah ini kesesakan oleh manusia. Pembeli datang untuk membeli barang penghiasan dan hadiah. Pusat ini sebesar pusat pembelian 'Mid Valley' di Kuala Lumpur. Di sini terdapat banyak jenis kedai jenama terkenal. Ada juga restoran, kedai cenderamata dan kedai perkhidmatan lain.

Ada juga pertunjukkan promosi di pentas di tengah pusat membeli ini. Pertunjukkan ini menarik banyak orang datang melihat dan seronok. Ada juga "salji turun" di sini. Budak-budak menjerit "salji!Salji!..." dengan gembira.

Salji dihasilkan oleh sebuah mesin di tingkat 4. Mesin tersebut mengeluarkan buih putih sebagai salji. Dari bawah orang ingat ia salji, kesannya memang berhasil.

Santa Claus berjalan-jalan mengembirakan kanak, memberi gula-gula dan mengambil gambar dengan mereka. Yin dapat 2 gula-gula dari Santa Claus. Dia membahagikan satu kepada aku.

Terlampau banyak orang di sini dan jika anak-anak sesat, susah hendak mencari satu sama lain. Kami memutuskan pokok natal besar ini sebagai tempat pertemuan - Jika sesat, datang kepada pokok ini.


Restoran dan tempat makan terletak di tingkat perhimpunan. Terlampau banyak restoran dan makanan untuk dipilih. Akhirnya saya berjaya memilih ikan asam (Rm 14.99) di restoran TCRS. Mei Yin cuma hendak secawan Milo sejuk (Rm 3.90).

Pusat Pembelian 1Borneo

 

 

Pusat ini sesak dengan orang dewasa, remaja, dan kanak-kanak. Susah sekali untuk berjalan.

Kedai 'Toys are Us' yang terkenal ada perniagaan yang baik pada masa ini.

Badut yang memberi belon kepada budak, Santa Claus memberi gula-gula. 3 badut, Santarina (atau dewi putih), dan Santa Claus dikelihatan mengembirakan orang. Ketawakan dapat didengar.

Miss Jiwan adalah Santarina tersebut.

Dia memberitahu kawannya "......Kerja ini kan ada, saya ambilah......."  Selepas itu dia menjadi Santarina dewi putih.

Hari Natal sangat seronok pula!

   
 

 

 

Kesesakan Jalan Raya

 

 

Selepas mengunjungi 1Borneo, kami meneruskan perjalanan ini ke Hotel Pantai Langkah Syabas di Bandar Kinarut. Hotel ini cuma berada di tepi Hotel Pantai Pelancong (Seaside Travellers Inn).

Kami membayar Rm2.00 untuk meletakkan kereta di 1Borneo. Resit kereta ini menunjukkan kereta kami sampai pada pukul 3:14 petang dan keluar pada 5:21 petang. Kami membazirkan masa 20 minit di tempat meletak kereta.

Kami telah membazirkan 10 minit untuk mencari tempat kosong untuk meletakkan kereta semasa kami sampai. Di sini tiada pekerja tempat letak kereta untuk menunjukkan tempat kosong. Semasa bertolak keluar, kami telah membazirkan 10 minit lagi dalam menyeselesaikan bil letak kereta kami. Kami tidak boleh membayar bil tersebut di tempat keluar macam tempat letak kereta yang lain. Semua orang hendak membayar bil letak kereta mereka di satu kounter. Mengapakah mereka tidak mahu meletakkan kounter bayaran di tempat keluar untuk senangkan cara membayar bil. Walaupun 1Borneo ialah pusat belih-belah yang terbesar di Borneo, mereka masih hendak belajar dan memperbaikan pusat mereka.

Semasa bertolak ke Hotel Pantai Langkah Syabas, hujan lebat mula turun dan kesesakan jalan raya berlaku. Seratus kereta sedang berbaris dengan tidak sabar.

Akhirnya kami sampai di hotel itu juga. Kami tiba di sana 2 jam lebih lewat daripada yang dirancangkan. Kami bertemu dengan Makcik Stella dan keluarganya.


HOTEL PANTAI LANGKAH SYABAS  (LANGKAH SYABAS BEACH RESORT)

Langkah Syabas Beach Resort cuma berada di tepi Seaside Travellers Inn (Hotel Pantai Pelancong). Hotel Langkah Syabas ini lebih besar daripada Hotel Pantai Pelancong. Kami telah tempah 2 bilik. Dalam hotel ini ada 18 bilik. Ada sebuah kolam renang yang besar di sini juga.

Walaupun ia cuma mengambil masa 30 minit dari Kota Kinabalu ke sini dengan kereta, Uncle Fook Yee mengambil masa lebih daripada sejam dari 1Borneo ke sini.

Kolam renang yang ada di sini ialah jenis kolam renang orang dewasa. Sesiapa yang tidak cukup umur haruslah berhati-hati. Pelancong yang tinggal di sini boleh mengunjungi ke pulau-pulau yang berdekatan dengan menyewa bot-bot di sini. Nama bot-bot tersebut adalah Kit Kat, Fat Kat, dan Reef Kat.

Langkah Syabas juga membuat keju dan ia boleh dirasai di restoran sini. Restoran terletak di atas ruang legar dan dari sana seseorang dapat menikmati pemandangan laut dengan pulau-pulaunya sambil memakan sarapan.

Kami telah menempah bilik 16 dan 17 untuk malam ini. Ketiga-tiga keluarga - keluarga Uncle Fook Yee, keluarga Uncle Fook Foong, dan keluarga Aunty Siew Don sambil berbual sambil memakan makanan ringan. Tiba-tiba, seekor biri-biri datang ke halaman rumah kerana terhidu bau makanan.

Biri-biri yang Lapar di Pantai Langkah Syabas.

 

Kadang-kala anda akan menemui seekor biri-biri merayau-rayau di atas lantai yang berumput di Pantai Langkah Syabas.

Terdapat dua biri-biri berbulu di hotel ini. Mereka adalah jinak dan selalu menyambut pelancong.

   

Semasa seekor biri-biri yang jinak menemu seorang ibu yang garang.

Makcik Stella menjadi garang semasa dia ternampak seekor biri-biri masuk ke halaman rumah.

Tetapi kanak-kanak di sana menjadi seronok dan bermain dan memberi makanan kepada pelawat malam ini.

Alvin menunjukkan biri-biri itu bakat Kungfunya untuk menghalau biri-biri itu. Dia tersedar bahawa caranya tidak berkesan lalu menarik perhatian biri-biri tersebut dengan menunjukkan ia makanan ringan ikan.

Ada pelancong lain yang ternampak biri-biri ini dan keluar juga untuk melihat dan bermain dengannya.

Dalam gambar-gambar di bawah, Uncle Foong sedang berlatih menggunakkan kameranya yang baru. Alvin pula sangat ghairah sampai di mula menari.


6 Ahad 7 Isnin 8 Selasa 9 Rabu 10 Khamis 11 Jumaat 12 Sabtu 13 Ahad

Hari Sebelumnya  1  2  3  4  5  6  7  8  Seterusnya  


 Homepage of Wong Family Website   April 3, 2009 / Wednesday, June 08, 2011 02:28:22 PM

blogspot visitor counter