Versi Bahasa Malaysia daripada Wong Chun Xing

Kuching, Tawau and Kota Kinabalu Holiday Trip


6 Ahad 7 Isnin 8 Selasa 9 Rabu 10 Khamis 11 Jumaat 12 Sabtu 13 Ahad

10 Disember 2009  Khamis - Ke Gunung-ganang
Hari Sebelumnya  1  2  3  4  5  6  7  8  Seterusnya   |  English Version

Dari Laut ke Gunung
....Kami bangun pagi ini dan mendengar bunyi Laut Cina Selatan.
Malam ini pula kami akan tidur di atas gunung sejuk....

 

 


SEASIDE TRAVELLERS INN

       SEASIDE TRAVELLERS INN

Tel: 088-750555 Diurus oleh Megalife Sdn. Bhd.

 

Seaside Travellers Inn ini terletak di bahagian kanan jalanan besar Papar baru di Bandar Kinarut. Dari bandar raya KK memandu sampai ke jalanan baru ini cuma menggunakan  masa 20 minit. Sesiapa yang tidak kenal sangat jalanan ini akan terus ke jalanan lama Papar dan melimpasi jalan masuk ke jalanan baru Papar.

Dari sini kami dapat menikmati keindahan laut dan pulau-pulau. Walaupun pasir pantai sini tidak beberapa bersih dan warna airnya coklat, air laut yang jauh tetap kebiru-biruan.

Tempat ini juga dikelilingi oleh pokok-pokok dan bunga-bunga.

   

SEASIDE TRAVELLERS INN
Kami menempah 2 bilik harga sebanyak Rm70.00 satu bilik tambah Rm10.00 untuk kanak-kanak. Bilik kami boleh dilihat di sebelah kanan di gambar atas.

Pemandangan Gunung Kinabalu

 

Pada suatu pagi yang cerah, seseorang dapat melihat Gunung Kinabalu yang jauh betul. Dari pantai sini melihat ke arah utara, gunung tertinggi di Malaysia ialah Gunung Kinabalu. Hari ini,  kami akan memulakan perjalanan ke arah gunung tersebut.


Labah-labah yang ganas di Seaside Travellers Inn

Gambar di tepi - lelabah yang paling ganas kami pernah lihat. Ia memburu semut merah besar. Ia sendiri kehilangan 3 kaki.

 

 

 

Xing menjumpai labah-labah hijau ini dengan mangsanya - seekor semut merah besar. Semut merah di Malaysia, yang besar ataupun yang kecil, dikenali untuk mengigit apa-apa di jalanan mereka. Jenis semut merah ini disalahsangka tidak ada binatang pemangsanya, tiada burung, tiada katak, atau haiwan lain dilihat memakan jenis semut ini. Manusia juga menjauhi mereka.

Ini ialah kali pertama kami melihat semut merah ganas ini ada binatang pemangsanya - seekor labah-labah hijau yang lebih garang daripada mereka.

Ini ialah jenis lelabah yang baru. Kami tidak perna melihat jenis lelabah ini.

   

SEASIDE TRAVELLERS INN

SEASIDE TRAVELLERS INN

AWAS-AWAS TENTANG  OBOR-OBOR

 

 

Saya bangun awal pagi pada pukul 6:00 pagi dan perjalan-jalan di sekitar pantai. Lautnya tenang dan terdapat beberapa pulau kecil kelihatan jauh. Airnya macam tempat yang bagus untuk berenang, tetapi tiada seorang pun mandi atau bermain di sana. Bukan kerana airnya kotor, tetapi kerana ada satu tanda "BE AWARE OF THE JELLY FISH" yang bermaksud awas tentang obr-obor kerana masa ini ialah musim obor-obor.

Pantai ini malangya dikotorkan oleh kayu, sisa laut, kelapa, dan botol plastik.

   

SEASIDE TRAVELLERS INN


SEASIDE TRAVELLERS INN

 

 
Kolam Renang Terbersi

Dalam perjalanan kami, kami sudah melawat 3 kolam renang. Kolam renang ini ialah yang terbersi. Airnya jelas dan jernih. Walaupun kolam ini kecil, ia tetap dikekalkan dengan bagus. Kolam renang ini cuma untuk tetamu hotel sahaja. Kanak-kanak mestilah ditemankan olah orang dewasa.

Teresa dan Mei Yin berkawan dengan budak-budak lain yang bermain air di sana.

Selalu ingat untuk membawa peralatan berenang ke sini seperti kaca mata air, jaket keselamatan, dan pelampung.

   

Sarapan pagi kami termasuk di dalam harga bayaran hotel. Sarapan ini ialah jenis yang untuk melayan diri dan boleh makan sebanyak yang boleh. Sarapan pagi hari ini ada hotdog, telur goreng, roti panggang, mentega, dan jam. Untuk minuman, pilihannya ialah kopi, teh, atau air minuman biasa.

Selepas makan sarapan pagi yang lazat, kami bersambung dengan perjalanan kami. Uncle Wong membawa kami ke Papar untuk mengunjung. Kenapakah melawat bandar kecil ini yang tidak istemewa? Ia kerana Bandar Papar ialah bandar di mana nenek kami perna tinggal (ibu uncle). Kami tidak ada masa yang cukup untuk melawat saudara-mara kami.

Sebelum ke Papar, kami masuk ke tempat perumahan tepi laut ini yang bernama Summer Bay. Gambar di atas menunjukkan taman permainan kanak-kanak di Summer Bay. Tempat perumahan ini dimajukan oleh Wong Kok, seorang pemaju yang terkenal di Sabah. Cuma kami beberapa orang sahaja di taman permainan kanak-kanak ini.

Kami meneruskan perjalanan kami ke Rose Cabin dekat Taman Kinbalu. Kami mestilah sampai ke destinasi kami sebelum malam kira-kira 6:00 malam. Kami tidak pergi ke 1Borneo kerana kami kesuntukan masa. Tetapi kami akan melawat pusat membeli-belah yang besar ini pada perjalanan kami balik pada 12 Disember

Kami berjaya sampai ke Ranau menggunakan kereta buatan Malaysia Myvy ini. Landskap menjadi lebih kasar dan jalanan menjadi lebih curam di sini. Selepas sejam, hujan mula jatuh dan kami dapat melihat Gunung Kinabalu dikaburi oleh kabus. Kami memandu membuka tingkap kereta untuk bernafas udara bukit yang segar dan bersih.

Cuaca semakin sejuk dan jalanan ditutupi oleh lapisan kabus. Ini adalah pengalaman yang jarang untuk keluarga Uncle Foong kerana kabus tidak timbul di Bandar Kuching. Bandar Kuching ialah bandar bertanah rendah.

Kami ternampak banyak gereja Roman Katolik di atas sini. Agama utama di sini mestilah Roman Katolik.

Separuh jalan ke atas bukit, seorang lelaki mengibarkan bendera merah memberi isyarat kepada kami untuk berhenti. Kereta kami berhenti dan kereta hitam di belakang kami juga turut berhenti. Satu bencana alam telah berlaku di depan kita. Tanah runtuh telah meninggalkan tanah yang tebal di atas jalanan. Nasib baik pekerja jalanan dapat mengorek separuh tanah keluar. Kenderaan sudah boleh melimpas satu demi satu. Kami kena tunggu untuk kereta-kereta dari depan untuk melimpas dahulu. Pemandu di belakang kami menjadi tidak sabar dan berjalan ke destinasinya. Kami dapat tahu dia sedang terburu-buru.

Selepas beberapa minit menunggu, akhirnya kami dapat meneruskan dengan perjalanan kami.
 


Kami berhenti di kedai-kedai masyhur Kundasang ini untuk membeli cenderamata, pisang, dan air minuman.

Kedai-kedai tepi jalanan ini ada buah-buahan tempatan macam pisang dan durian. Di sini juga ada menjual biskut, buahan berjenis-jenis, nasi tempatan, dan madu.

Uncle Wong membeli satu sikat pisang merah. Pisang merah jarang dijumpa di Tawau. Walaupun diluarnya kemerah-merahan, warna dalamnya masih sama dengan pisang-pisang biasa.

Ada banyak jenis pokok buah dalam Taman Negara Kinabalu. Ada pokok rambutan, pokok manga, pokok durian, dan pokok buah ara. Ada buah-buahan yang lebih ganjil contoh satu jenis tarap bernama Artocarpus odoratissimus dan mawang (Mangifera pajang) yang rasanya macam manga.

Tumbuhan yang biasa di tanah rendah adalah palma, halia (Keluarga Zingiberaceae) dan bamboo yang boleh dicari di hutan montane yang lebih tinggi. Lebih daripada 52 jenis palma dari 10 genera dan 30 jenis Zingiberaceae telah direkodkan dalam Taman Negara Kinabalu. 6 jenis bamboo telah dijumpa dalam Taman Negara Kinabalu dan 4 di luarnya. Banyak jenis palma adalah tumbuhan memanjat dan batangnya berperisai duri yang dapat menolong mereka.

Taman Negara Kinabalu ialah tempat paling mewah dengan tumbuhan periuk kera (Nepenthes).



Sebelum hari menjadi gelap, kami sudah sampai ke Hotel Bunga Mawar (Rose Cabin). Kami dapat dua bilik lagi, Uncle Foong punya bilik terletak di balkoni. Ia lebih senang untuk keluarganya melihat pemandangan Gunung Kinabalu esok pagi.

 


6 Ahad 7 Isnin 8 Selasa 9 Rabu 10 Khamis 11 Jumaat 12 Sabtu 13 Ahad

Hari Sebelumnya  1  2  3  4  5  6  7  8  Seterusnya


 Homepage of Wong Family Website   April 3, 2009 / Wednesday, June 08, 2011 02:28:19 PM

blogspot visitor counter