Versi Bahasa Malaysia daripada Wong Chun Xing

Kuching, Tawau and Kota Kinabalu Holiday Trip


6 Ahad 7 Isnin 8 Selasa 9 Rabu 10 Khamis 11 Jumaat 12 Sabtu 13 Ahad

9 Disember 2009  Rabu
Hari Sebelumnya  1  2  3  4  5  6  7  8  Seterusnya   |  English Version

 

Dari Tawau ke Kota Kinabalu


Wong Fook Foong

Sebelum kami tinggalkan rumah, kami ambil gambar dua keluarga ini.

Keluarga Uncle Yee di kiri dan keluarga Uncle Foong di kanan. Ini ialah kali pertama keluarga Uncle Foong datang ke Tawau.

Jiran yang di depan rumah kami membawa kami ke lapangan terbang dengan kereta AVANZAnya yang baru. Keretanya cukup untuk kami bertujuh masuk. Kami membayar untuk kos petrol keretanya.


Tawau ke : Kota Kinabalu
Penerbangan: Malaysia Airlines MH2134  
Meninggalkan Tawau : Rabu, 09 Dis, 14:40

Jenis Kapal Terbang : Boeing 737-400
Mendarat Kota Kinabalu : Rabu, 09 Dis, 15:30 

Masa penerbangan kami ialah pada 2:40petang. Tetapi kapal terbang tersebut sampai pada 2:30petang dan dapat meninggalkan lapangan terbang Tawau pada 3:20petang. Walaupun penerbangan itu sudah menunda selama satu jam, kami tidak risau kerana kami sekarang dalam kegembiraan bercuti.


Selamat tinggal Tawau!

Kapal terbang MAS Boeing 737 akhirnya mengangkat ke udara pada 3:24 petang.

 

 

Helo Kota Kinabalu!

Akhirnya kapal terbang mendarat turun ke Kota Kinabalu. Penerbangan kami mengambil masa kira-kira setengah jam. Ini ialah lapangan terbang Terminal 2 KK (ditunjukkan di gambar atas), tetapi kami menurun dari kapal terbang di Terminal 1.

Sayap kapal terbang ini sedang menghadap bawah.


Lapangan Terbang Antarabangasa Terminal 1 Kota Kinabalu ada beberapa pembinaan baru-baru ini. Lapangan Terbang ini cuma 8 km dari bandar raya Kota Kinabalu. Ini ialah lapangan terbang kedua yang paling sibuk di Malaysia selain daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Pada tahun 2007, 2.5 juta pelancong datang ke Malaysia melalui KKIA.

Dari lapangan terbang kami menyewa sebuah kereta dari BORNEO EXPRESS dan terus pergi ke jalanan baru Papar untuk tinggal di Seaside Travellers Inn (Hotel Pantai Pelancong) untuk satu malam. Kereta hijau 1,300cc Myvy ini kami digunakan sepanjang minggu ini.

Uncle Yee menyuruh kami untuk mencari satu papan tanda menunjukkan arah Seaside Travellers Inn. Selepas setengah jam, kami menjumpa satu papan tanda menunjukkan 'Selamat Datang Ke SEASIDE TRAVELLERS INN'. Kami belok masuk ke kanan dan begitulah kami sudah sampai ke hotel tersebut.

Kami sudah tempah 2 bilik untuk hari ini di Seaside Travellers Inn untuk dua keluarga. Tel: 088-750555

Kami keluar dari kereta dan terus masuk ke dalam ruang legar untuk membayar dan mengambil kunci bilik. Kami juga memeriksa 2 bilik tersebut adakah ia baik. Di ruang legar hotel itu terdapat banyak sarang burung layang-layang digantung di atas siling.

Pada waktu malam, kami pergi ke restoran hotel itu untuk makan sarapan malam kami. Sarapan kami sangat istimewa dan sedap. Kami sambil makan sambil mendengar bunyi ombak laut melangar pantai.

Nasi ikan manis dan masam - Rm10.50, Nasi udang sambal - Rm11.50, Nasi goreng - Rm6.50.


6 Ahad 7 Isnin 8 Selasa 9 Rabu 10 Khamis 11 Jumaat 12 Sabtu 13 Ahad

Hari Sebelumnya  1  2  3  4  5  6  7  8  Seterusnya
 


 Homepage of Wong Family Website   April 3, 2009 / Wednesday, June 08, 2011 02:28:18 PM

blogspot visitor counter