Versi Bahasa Malaysia daripada Wong Chun Xing

Kuching, Tawau and Kota Kinabalu Holiday Trip


6 Ahad 7 Isnin 8 Selasa 9 Rabu 10 Khamis 11 Jumaat 12 Sabtu 13 Ahad

8 Disember 2009  Selasa
Hari Sebelumnya  1  2  3  4  5  6  7  8  Seterusnya   |  English Version



Hari ini kami menjelajah sekolah rendah Mei Yin dan bandar Tawau. Malangnya Uncle Wong hendak bekerja hari ini, dia tidak dapat temankan kami. Hari ini cuma kami berenam sahaja.

Sebelum kami pergi ke bandar, kami pergi ke sekolah Mei Yin, iaitu SRJK(C) Yuk Chin untuk temu janjinya dengan doktor gigi. Semasa Mei Yin sedang menunggu untuk gilirannya, kami pergi berkunjung ke merata tempat sekolahnya untuk mengetahui lebih tentang tempat ini.

Kami telah pergi ke padang sekolah, klinik gigi, kelas dan taman bunga sekolah. Sekolah besar ini adalah satu-satunya sekolah rendah yang terbaik di Tawau.

Selepas Mei Yin keluar dari klinik gigi, dua daripada giginya "hilang"! Giginya telah dicabut kerana gigi baru akan tumbuh keluar tak lama lagi.



Selepas mengunjungi sekolah Mei Yin kami menaiki bas berhenti-henti ke bandar. Kami pergi ke satu restoran Bakuteh yang terkenal untuk sarapan tengahari kami. Kami keempat memakan nasi dengan sup Bakuteh, Mei Yin dan Teresa makan mi dengan sup.

Kami telah mengunjungi ke Servay, Tai Yuen dan Kuong Ming untuk membeli-belah.

Kami pulang ke Taman Semarak pada lewat petang.

Esok kami akan bertolak ke Kota Kinabalu untuk bercuti. Ini baru permulaannya.


6 Ahad 7 Isnin 8 Selasa 9 Rabu 10 Khamis 11 Jumaat 12 Sabtu 13 Ahad

Hari Sebelumnya  1  2  3  4  5  6  7  8  Seterusnya  


 Homepage of Wong Family Website   April 3, 2009 / Wednesday, June 08, 2011 02:28:17 PM

blogspot visitor counter