Versi Bahasa Malaysia daripada Wong Chun Xing

Kuching, Tawau and Kota Kinabalu Holiday Trip


6 Ahad 7 Isnin 8 Selasa 9 Rabu 10 Khamis 11 Jumaat 12 Sabtu 13 Ahad

7 Disember 2009  Isnin
Hari Sebelumnya  1  2  3  4  5  6  7  8  Seterusnya   |  English Version


Perjalanan ke Sungai Balung di Tawau

"Setiap sungai kecil bergabung menjadi satu sungai yang besar."

Balung River of Tawau

Balung River of Tawau

Selepas sarapan pagi, kami dua keluarga bertolak ke Sungai Balung. Perjalanan kami dari Taman Semarak ke Sungai Balung mengambil masa tiga puluh minit.

Cuma beberapa kaki dari sungai ada beberapa pondok. Dinding pondok ini dibuat daripada batu sungai; lantainya pula diperbuat daripada kayu.

Resort Balung dikepungi oleh 3,000 ekar ladang kelapa sawit. Di sini anda dapat menjauhi kehidupan bandar. Satu sungai air jernih mengalir di ladang ini. Satu jambatan gantung membuat jalanan untuk melimpas sungai ini.


 

Mei Yin

Dia sedang berseronok bermain di sungai ini.

 

                                                                    
 

Teresa Wong

Dia hendak menjadi seekor duyung.

 

Uncle Fook Foong

Aunty Alice

Uncle : "Lihatlah otot saya ni!"

Aunty : "Sya punya lebih besar, kamu punya tiada apa-apa berbanding dengan saya punya."

 

 

 

 

Aunty Shirley 

Dia sedang bermimpi di dalam sungai ini. Tidak ada tempat lain lebih baik untuk bermimpi dari sini.

 


 
 

Buaya !
2 perempuan ini tidak takut.
Mereka duduk di atas buaya.

 

 

 

 

 

Selepas itu kami duduk di tepi laut untuk menikmati
keindahan laut sambil memakan kacang.


Selepas penjelajahan kami ke Balung dan San Sui, kami pergi ke bandar Tawau untuk melawat. Kami berhenti di tepi laut untuk seketika. Tepi laut Tawau ini ialah tempat kunjungan yang terkenal. Ada beberapa pondok dan bangku di sana. Ada juga tempat permainan kanak-kanak dimana banyak keluarga pergi setiap petang hujung minggu. Pada setiap petang disini, keindahan matahari terbenam dapat dilihat oleh orang ramai. Warna jingga matahari terbenam akan bersinar ke bangunan-bangunan tepi laut.

Di bahagian barat pantai ini adalah pelabuhan di mana nelayan-nelayan membawa masuk ikan segar dari laut setiap hari. Di pelabuhan sanalah seseorang boleh menyewa bot. Walaupun tepi laut Tawau tidak secantik Bandar Kuching punya tepi sungai tetapi anda boleh melihat kehidupan nelayan-nelayan di sini setiap hari    naik sampan untuk memancing.

Tawau ialah tempat yang paling sesuai untuk memakan makanan laut. Banyak orang dari semenanjung Malaysia datang ke Tawau untuk menikmati makanan laut sini yang lazat benar.

Masjid Al-Kauthar Tawau berdekatan dengan tepi laut Tawau. Sultan Malaysia mengumumkan sebuah masjid yang berharga  Rm31.5 juta untuk dibina pada tahun 2004. Masjid Al-Kauthar ini ialah masjid terbesar Sabah. Masjid ini boleh menampung 17,000 penyembah bila-bila masa sahaja. Terdapat satu perpustakaan, satu dewan, dan satu pejabat di masjid besar ini.

Masjid ini memang cantik. Terima kasih Tuhan untuk merestuhi kami dalam perjalanan kami di Tawau dan perjalanan kami yang seterusnya.


6 Ahad 7 Isnin 8 Selasa 9 Rabu 10 Khamis 11 Jumaat 12 Sabtu 13 Ahad

Hari Sebelumnya  1  2  3  4  5  6  7  8  Seterusnya  


 Homepage of Wong Family Website   April 3, 2009 / Wednesday, June 08, 2011 02:28:16 PM

blogspot visitor counter