Versi Bahasa Malaysia daripada Wong Chun Xing

Kuching, Tawau and Kota Kinabalu Holiday Trip


6 Ahad 7 Isnin 8 Selasa 9 Rabu 10 Khamis 11 Jumaat 12 Sabtu 13 Ahad

6 Disember 2009  Ahad    Dari Kuching ke Tawau
Hari Sebelumnya  1  2  3  4  5  6  7  8  Seterusnya   |  English Version

Selamat datang ke Tawau


6 Disember 2009 (Ahad)

Kami bangun awal pagi dan memangil sebuah teksi ke Taman Kenyalang untuk menjemput kami dan Aunty Alice dengan Teresa di BDC. Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching kami naik kapal terbang ke Bandar Kota Kinabalu.

Penerbangan kami ke Kota Kinabalu mengambil masa selama 1.5 jam. Kami bertolak ke Bandar Tawau seterusnya pada pukul 1:15 petang.

Kapal terbang yang kami naik iaitu  Boeing 737 berjaya mendarat di Lapangan Terbang Tawau. Seseorang tidak akan sesat di dalam bangunan lapangan terbang ini kerana ia kecil.

Bilik ketibaan selalu dikelilingi oleh orang-orang yang bergembira. Semasa seseorang datang ke Tawau, keluarganya tidak kira tua mahupun mudah, datang sambut dia di lapangan terbang dengan mesra.

Uncle Fook Yee dan anaknya Mei Yin datang jemput kami di bilik ketibaan dengan meriah.

Uncle Fook Yee dan anaknya Mei Yin datang jemput kami di bilik ketibaan dengan meriah. Dia datang menjemput kami dengan kereta Vyva yang berwarna hitam. Dia telah menyewa kereta Vyva 660 itu untuk 2 hari khususnya untuk kami sahaja. Keretanya Dasun yang berumur 30 tahun enggan bergerak.

Uncle Yee membawa kami ke satu restoran cina di Hot Spring untuk makan Kue Tiaw. Kami belum makan lagi  semenjak dari dalam kapal terbang lagi.

Kami dijemput untuk makan malam di restoran Daily-Q malam itu.

Uncle Wong Fook Foong, Aunty Alice Anak Kiyun, dan Teresa Yee Jin Wong, Selamat Datang ke Tawau!


6 Disember 2009 Ahad

6:11pagi di Taman Kenyalang, kami sudah bangun  dan bersedia untuk penjelajahan kami. Beg ini ialah "beg perniagaan" Uncle Foong. Beliau menggunakkan beg ini setiap pagi untuk menjual kuih-muih.

 

 

8:30pagi, kami sudah sampai ke Bilik Perlepasan Lapangan Terbang Kuching. Kami pergi ke sana dengan menggunakkan teksi.

 

 

 

Sudah 12:02 petang. Kami sudah sampai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan sedang menunggu di Bilik Perlepasan untuk penerbangan kami yang seterusnya ke Tawau.

 

 

2:23 petang. Akhirnya kami sampai juga ke Bandar Tawau dengan selamat. Mei Yin sedang mengintip ke kapal terbang tersebut mengharap untuk jumpa kakak sepupunya menurun dari kapal terbang. 

 

 

 

Sudah 2:37 petang, kami baru sahaja keluar dari Bilik Ketibaaan selepas mengutip bagasi-bagasi kami.
Lihatlah muka siapakah yang bersenyum ini?

 

 

Kami dapat sampai ke rumah Chun Xing di Taman Semarak pada pukul 4:40 lewat petang dan sedang menonton wayang kartoon kegemaran Mei Yin.


Teresa Wong Yee Jin

Teresa Wong Yee Jin dari Bandar Kuching

 

Gambar di atas: Teresa Yee Jin Wong sedang bergembira di depan dinding rumah yang dicat dan dilukis oleh Wong Chun Xing. Tujuan projek melukis ini ialah untuk mencantikkan hadapan rumah ini dan menjadikan ia tertarik. Tetamu-tetamu rumah kami akan menjadi lebih gembira dan lega dengan adanya lukisan taman bunga ini yang indah. Lukisan ini cuma dihabiskan beberapa minggu yang lalu.

Teresa Yee Jin Wong memang gembira betul. Ini ialah kali pertama dia naik kapal terbang dan ada ibu dengan bapanya menemani dia.
Bercuti untuk 7 hari di Sabah ialah ganjarannya untuk mendapat tempat antara 1 dan 10 dalam kelasnya pada tahun 2009. Tempat tinggal percuma dan makanan percuma juga termasuk dalam ganjarannya.

Semua ini bermula pada satu petang di Bandar Kuching pada tahun 2008. Ibu Teresa risau kerana anak perempuannya akan menjadi darjah 6 tahun seterusnya dan menemui ujian besar UPSR tetapi keputusan sekolahnya tidak meningkat.

Jadi pakciknya yang tertua kata kepada ibu Teresa "......Kestau anak kamu untuk mendapat kedudukan 1 - 10 di kelasnya dan dia akan mendapat ganjaran untuk bercuti di Sabah......ibubapanya boleh juga turut mengikut......"

Selepas setahun, satu mesej SMS dihantar ke Uncle Wong memberitahukan Teresa telah mendapat tempat keempat dalam kelasnya.

Dia mendapat juga ganjarannya yang dijanjikan oleh pak ciknya selepas ujian UPSRnya. Dan akhirnya juga dia di Sabah bergembira.

   

RESTORAN DAILY-Q

RESTORAN
 DAILY-Q

 
Uncle Wong Fook Foong
Uncle Wong Fook Foong sedang berdiri di depan restoran ini yang cerah.

RESTORAN DAILY-Q

RESTORAN DAILY-Q STEAMBOAT  ataupun  STIMBOT

Bandar Tawau dikenali untuk makanan lautnya yang segar. Bandar Tawau sedang mengahadap Laut Cina Selatan dan Pulau Sebatik. Nelayan Filipina dan Indonesia membawa masuk makanan laut yang segar untuk sarapan malam kita ini.

Kami datang ke restoran Daily-Q di Jalan Sin On untuk menikmati makanan stimbot. Kami telah menduduki dua meja dan dua dapur untuk dua keluarga kami

Steamboat ialah periuk yang diisi dengan sup yang direbus panas oleh api yang lembut.

Makanan yang belum dimasak disusun di atas meja untuk semua orang memilih dan mengambil. Ambil apa yang disukai dan makan sebanyak yang boleh. Ada ayam yang belum masak, ikan, udang, bebola daging, ketam, sayur-sayuran, tofu, mee, beehun, dan telur.

Selepas memilih makanan yang disukai, letakkan makanan tersebut ke dalam sup di dalam periuk yang mendidih. Tunggu sampai ia cukup masak dan ambilkan makanan yang dimasak keluar dan ia boleh dimakan sudah.


Sini adalah panduan tentang Makanan stimbot di Tawau:

Makanan daging harus dimasukkan ke dalam periuk itu dahulu keranan ia mengambil masa yang lebih lama untuk dimasak. Udang-udang cepat dimasak jadi ia cuma hendak direndam cepat ke dalam periuk itu sampai warnanya menjadi merahan. Banyak tofu di dalam sup dikeluarkan pecah-pecahan, ini adalah biasa. Makan puing tofu tersebut sahaja. Ada dua jenis pencedok di sana, yang pertama ada banyak lobang dan yang kedua tidak ada. Pencedok yang berlobang digunakan untuk mencedok makanan yang direndam di dalam sup; pencedok yang seterusnya digunakan untuk mencedok sup. Sup di dalam periuk seharusnya diminum terakhir sekali supaya rasanya sedap kerana rasanya datang daripada jenis-jenis makanaan yang direndam dalamnya. Sayur-sayuran dimasak dengan cepat, jadi sayur perlu dimasukkan ke dalam periuk samasa.

Mee, beehun dan telur selalunya dimasak terakhir. Mee dapat dimasak dengan cepat, ia cuma perlu di rendam di dalam sup yang mendidih dalam periuk tersebut. Cendok sup ke dalam mangkuk dan makanan menjadi sempurna.

Tetapi selalu ingati satu hal, "Jangan Membazir Makanan!" Jangan mengambil terlampau banyak makanan sampai tidak boleh dihabis makan. Ada saman sebanyak Rm8.00 untuk setiap 100gram makanan yang dibazirkan.

 


1) Ms Alice Anak Kiyun (Dewasa) Nombor E-Ticket: 2322406068451
2) Mr Fook Foong Wong (Dewasa) 2322406068452
3) Miss Teresa Yee Jin Wong (Dewasa) 2322406068453
4) Mr Chun Xing Wong (Dewasa) Nombor E-Ticket: 2322406079801

Booking Ref (PNR): JK3A68
Online Booking Ref: ITD04025774 
Jenis Kad: MasterCard Credit card number: ************
 

Kuching ke: Kota Kinabalu
Penerbangan: Malaysia Airlines MH384 Jenis kapal terbang: Boeing 737-400
Penerbangan: Ahad, 06 Dis, 09:00  Ketibaan: Ahad, 06 Dis, 10:30

Kota Kinabalu ke: Tawau
Penerbangan: Malaysia Airlines MH2137 Jenis kapal terbang: Boeing 737-400
Penerbangan: Ahad, 06 Dis, 13:15  Ketibaan: Ahad, 06 Dis, 14:00


6 Ahad 7 Isnin 8 Selasa 9 Rabu 10 Khamis 11 Jumaat 12 Sabtu 13 Ahad

Hari Sebelumnya  1  2  3  4  5  6  7  8  Seterusnya


 Homepage of Wong Family Website   April 3, 2009 / Wednesday, June 08, 2011 02:28:14 PM

blogspot visitor counter