Bahasa Malaysia daripada Wong Chun Xing
| English Version | Bahasa Malaysia Version |
Penjelajahan Kuching 25 Mei sampai 5 Jun 2008
|
|
25 Mei |
|
|
26 Mei |
|
|
27 Mei |
|
|
28 Mei |
|
|
29Mei |
|
|
30 Mei |
|
|
31 Mei |
|
|
1 Jun |
|
|
2 Jun |
|
|
3 Jun |
|
|
4 Jun |
|
|
5 Jun |
|
|
2 Jun 2008 Hari Isnin |
Hari ini saya masih lagi di Bandar Sri Aman
![]() |
|
Saya sampai di simpang ini pada 8:17 pagi, simpang ini baru dibuat. Simpang ini terdapat 5 jalanan. Satu-satunya jalanan di simpang ini ialah jalanan ke sekolah darjah aku. Saya masuk ke jalanan yang ditunjukkan di gambar atas sebelah kiri atas, beberapa minit lalu baru saya sedar bahawa saya mengikut jalanan yang salah. Saya balik ke simpang ini dan cari jalanan yang betul, jalanan yang betul ke sekolah lama aku ialah Jalan Sabu(ditunjukkan di gambar atas sebelah kanan yang ditutupi pokok). |


![]() |
![]()
|
![]() |
Cuma bangunan yang ditunjukkan di gambar sebelah kiri saya masih ingat. Selepas 44 tahun bangunan ini masih tidak diubah. Walaupun bangunan dalam gambar ini sudah lama, ia kelihatan baru kerana ia baru dicat. Saya sangat merindui sekolah lama aku. Saya meningggalkan sekolah ini pada tahun 1964 dan tidak perna kembali sampai sekarang.
|
|
Pada tahun lalu Ragai Lang dari Sarawak datang ke Tawau dan tinggal di rumah aku untuk beberapa hari. Dia ialah kawan lama saya di Kuching dan sekarang dia tinggal dengan anaknya di Bandar Sri Aman. Kedua-dua cucunya bersekolah di sekolah ini. Sekolah Chun Hua ialah sekolah saya ketika saya darjah 2 sampai darjah 5. Pada masa dahulu, kesemua pelajar sekolah ini ialah orang Cina. Sekarang zaman sudah berubah, ada pelajar melayu dan jenis-jenis bangsa yang bersekolah di sini. |
Tulisan cina di sebelah kiri ialah tulisan seorang pelajar bukan cina yang bernama Juliet.
Tulisan cina di tepi kanan ialah tulisan seorang pelajar cina yang bernama Zhen Li Lin.
|

|
Pokok tua di HOSPITAL SRI AMAN Pokok tua di hospital ini pada masa aku kecil masih ada! Saya sangat gembira menjumpa pokok ini. Ketika saya balik dari sekolah, saya selalu lintas tempat ini. Saya suka berjalan atas landaian yang berumput hijau ini daripada berjalan di atas jalanan. Pokok ini mungkin lebih daripada 50 tahun sekarang. Pokok ini sudah menjadi lebih besar dan banyak burung dapat membuat sarang mereka di atas dahan-dahan pokok ini yang besar. Setiap kali ada bayu meniup pada pokok ini dan bunyi daun dihasilkan dan hati saya lega selepas dengar bunyi daun tersebut. Orag British telah menanam banyak jenis pokok di Malaysia tetapi kebanyakan telah ditebang. Pokok yang masih hidup menjadi penting dan bernilai untuk zaman yang akan datang di Malaysia. Saya telah meninggalkan Simanggang pada tahun 1964 tetapi selepas saya melihat pokok ini saya dapat rasa bahawa saya belum meninggalkan Simanggang. Saya harap saya dapat datang ke Simanggang lagi dengan anak-anak aku dan saya juga harap pokok tua ini akan kekal dan hidup lama dan tidak akan ditebang selama-lamanya. |

|
Pada 6:00 petang saya menonton kecantikan matahari benam. Ketika saya kecil, saya selalu duduk di tangga belakang rumah aku dan melihat keindahan matahari benam. Ada satu masa bahawa banyak kelawar buahan besar akan terbang mengikut ke arah matahari benam. Hari ini bukannya musim kelawar buahan untuk terbang ke arah matahari benam. Ada tempat yang wujud semasa saya kecil sudah tiada sekarang dan selama-lamanya, tetapi matahari benam yang indah ini masih wujud dari dahulu sampai sakarang dan saya harap ia akan wujud selama-lamanya. Saya rasa gembira untuk balik ke tempat di mana saya tinggal semasa saya kecil. |
|
Monday, November 03, 2008 10:19:41 PM |