Bahasa Malaysia daripada Wong Chun Xing

|  English Version  |  Bahasa Malaysia Version  |

Penjelajahan Kuching 25 Mei sampai 5 Jun 2008

25 Mei 26 Mei 27 Mei 28 Mei 29Mei 30 Mei 31 Mei 1 Jun 2 Jun 3 Jun 4 Jun 5 Jun

30 Mei 2008 Hari Jumaat


 

 

Hari ini kami akan tinggalkan Bako. Kami masih ada sedikit masa dan kami bergambar untuk peringatan.

Gambar 1) Dengan kawan kami yang tinggal serumah dengan kita.

Gambar 2) Bolekah anda melihat 2 monyet di belakang.

Gambar 3) Alam semulajadi jadikan roh kami kuat.

Gambar 4) Papan tanda Selamat Jalan.


Banyak monyet berekor panjang lari dalam kantin untuk memakan sisa makanan atau mencuri dan merompak makanan daripada orang, mereka tidak takut manusia. Munkin Monyet Hidung/Proboscis monkeys Besar juga akan menjadi lebih berani kepada manusia pada masa akan datang.

Sebelum kami pergi, kami makan sarapan pagi dan seekor monyet datang untuk merompak makanan tetapi adik aku menghalau ia. Tidak lama kemudian, monyet tersebut balik ke sini membawa segerombolan monyet  perompak sebanyak 20 dan mereka merompak semua makanan dan minuman kita.


 

Kami gembira lihat monyet-monyet mengacau orang lain dan merompak makanan mereka tetapi bila monyet-monyet merompak makanan kami, kami menjadi sangat marah.

 

Monyet-monyet ini pandai menolong satu sama lain tetapi mereka sangat nakal.



Pepatung merah di atas : Orchithemis pulcherrima          Pepatung gelap di bawah : Devadatta podolestoides

Saya terjumpa dua jenis pepatung ini bersama-sama berdiri di atas bahan yang sama.


Riang-riang ialah penyanyi terkuat dalam dunia serangga. Siang dan malam mereka berbising-bising. Semua jenis Riang-riang berbunyi sama tetapi mereka kenal bunyi satu sama lain.

Saya bangun awal pagi kerana ada satu Riang-riang memanjat kaki saya ketika saya tidur.


Orang cakap Bako ialah tempat terbaik untuk mencari jenis-jenis haiwan dan mereka benar, kami tinggal 3 hari dan 2 malam di Bako dapat membuktikannya.

  Hari 1  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12 


Thursday, October 23, 2008 11:44:15 AM