Bahasa Malaysia daripada Wong Chun Xing

|  English Version  |  Bahasa Malaysia Version  |

Penjelajahan Kuching 25 Mei sampai 5 Jun 2008

25 Mei 26 Mei 27 Mei 28 Mei   29Mei 30 Mei 31 Mei 1 Jun 2 Jun 3 Jun 4 Jun 5 Jun

29 Mei 2008 Hari Khamis

TAMAN  KEBANGSAAN  BAKO / BAKO  NATIONAL  PARK

Kami datang ke hutan pada awal pagi selepas makan dan bersedia. Kami mesti bergerak perlahan-lahan dan senyap supaya haiwan-haiwan tidak akan takut dan lari. Tetapi tiga orang daripada kumpulan saya sangat bising dan kita tidak dapat lihat banyak haiwan.

Nasib baik semasa tiga budak bising itu tidak ada di sini dan kita dapat jumpa Monyet Hidung Besar/Proboscis monkeys. Monyet tersebut datang dengan kumpulan. Munkin ada 10 monyet di atas pokok. Kita cuma boleh cari monyet di Pulau Borneo.


Mangrove forest in Bako National Park
Hutan di dalam Bako. Di sinilah di mana kami jumpa monyet tersebut.

Di hutan ini terdapat banyak jenis tumbuhan yang besar dan panjang.


Silver Leaf MonkeyA family of Silver Leaf Monkey

Monyet di atas ialah Monyet Daun Perak/Silver Leaf Monkeys.

Pada 11:40 pagi, Saya terdengar bunyi yang kuat dan saya pergi menyiasat. Rupa-rupanya bunyi tersebut datang dari monyet berwarna perak. Ada dua kumpulan monyet yang sedang bergaduh.

Bulu monyet-moyet ini berwarna perak dan bermuka gelap.


Batu ini dibentukan oleh semulajadi. Cuma kami datang ke tepi laut sahaja.

Batu ini dibentukan oleh angin dan ombak.


Gambar di sebelah kiri ialah gambar jejentik.

Jejentik ini tinggal di dalam air daalam lubng di satu batu tepi laut. Ianya biasa kalau jejentik hidup di dalam air tetapi selepas aku merasa air tersebut, saya terkejut kerana air tersebut sangat masin. Saya terkejut kerana jejentik ini dapat hidup di dalam air masin.


AntsAnts
Ants

 

 

Sekeluarga semut ini mengangkat makanan balik ke rumah mereka.

Selepas satu semut terjumpa makanan ia akan panggil semut-semut lain datang untuk mengangkat makanan tersebut.

Jenis semut ini lain daripada jenis-jenis semut yang lain kerana ia ada hidung atau tanduk yang panjang dan tajam.


Ulat bulu ini berwarna hitam dan kuning. Beratus-ratus ulat bulu ini merangkak batang pokok ini. Warna mereka hampir sama dengan warna batang pokok dan orang yang melintasi batang pokok itu tidak tahu akan mereka di sana. Munkin ulat bulu ini akan menjadi kupu-kupu yang besar.


Pada 6:30 petang Jerolyn terjumpa bangkai ubur-ubur di tepi laut. Ubur-ubur ini sebesar Yin. Saya sudah tahu ubur-ubur akan datang kerana sekarang ialah masa ubur-ubur.

Banyak tahun yang lalu, saya terjumpa seorang ahli perniagaan yang membeli ubur-ubur daripada nelayan yang memasak ubur-ubur tersebut dan eksport ke luar negara macam Japan dan Taiwan untuk makan. Kalau saya tidak salah, inilah ubur-ubur yang boleh dimakan. Saya meletak ia balik ke laut dan air laut menolak ia balik.



Seekor kelawar masuk ke dalam bilik kami pada 8:50 malam.

Di Bako kita dapat mencari banyak kelawar. Bako ialah tempat tinggal kepada dua jenis kelawar iaitu kelawar yang makan buah-buahan dan kelawar yang makan serangga tetapi tidak ada kelawar yang hisap darah.


Haiwan-haiwan yang saya jumpa di Bako :

               Haiwan

       Yang saya sudah jumpa 

Borneo Bearded Pigs / Babi Hutan Dijumpa
Otters / Anjing Air
Monitor lizards / Biawak
Squirrels / Tupai Dijumpa
Mouse deer / Kancil
Palm civet cats / Kuching Liar
Slow Loris
Pangolin / Tengiling
Bats / Kelawar Dijumpa
Tarsier / Sejenis Monyet

Proboscis monkeys / Monyet Hidung Besar

Dijumpa
Silver leaf monkeys / Monyet Daun Perak Dijumpa
Long-tailed macaques / Monyet Ekor Panjang Dijumpa
Snakes / Ular Dijumpa
Frogs / Katak Dijumpa
Cicadas / Riang-riang Dijumpa
Dragonflies and Damselflies / Pepatung Dijumpa
Flying lemur or culago / Kandau Terbang
Owls / Burung Hantu
Over 150 species of birds / Lebih Daripada 150 Jenis Burung
Mudskippers Dijumpa
Crabs / Ketam Dijumpa
Shell-dwelling hermit crabs / Ketam Bercangkerang Dijumpa
Jelly Fish / Ubur-ubur Dijumpa

  Hari 1  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12 


Thursday, October 23, 2008 11:44:15 AM