Bahasa Malaysia daripada Wong Chun Xing

English Version  |  Bahasa Malaysia Version  |

Penjelajahan Kuching 25 Mei sampai 5 Jun 2008

25 Mei 26 Mei 27 Mei 28 Mei 29Mei 30 Mei 31 Mei 1 Jun 2 Jun 3 Jun 4 Jun 5 Jun

26 Mei 2008 Hari Isnin

Pada 7:00 pagi saya bangun semasa semua orang masih tidur. Saya berjalan dari Mandarin Inn(hotel yang kami tinggal) ke Pusat Pelancong Sarawak.


 

Selepas keluarga aku sudah bangun dan bersedia kami pergi ke Sekolah Rendah Chung Hua nombor 2 untuk melawat. Sekolah ini diletak di belakang Kuil Tua Pek Kong. Kerajaan akan menempatkan semula bangunan kayu tua sekolah ini kepada bangunan simen baru di tempat lain. Tempat ini pula akan menjadi tempat letak kenderaan Kuil Tua Pek Kong.

Sekolah rendah baru Chun Hua akan menjadi macam gambar yang ditunjukkan di bawah. :


Bangunan tua ini ialah sesebuah banglo yang besar dan cantik kepunyaan orang yang paling kaya di bandar ini pada masa persekolahan saya. Tetapi orang yang tinggal di sini sudah pasti bukan yang terkaya lagi.


Pada 10:34 pagi kami berjalan kaki ke tempat pembinaan. Satu hotel besar yang mengandungi 388 bilik. Nama hotel itu ialah Novotel Interhill Kuching.

Hotel bertingkat 23 ini mengandungi satu pusat membeli-belah. Pada zaman persekolahan saya, tempat pembinaan itu cuma terdapat pokok-pokok.


Akhirnya pada 10:44 petang kami dapat datang ke sekolah tinggi saya. Saya sudah bersekolah selama 6 tahun di sekolah ini 30 tahun lalu.

Sekolah tinggi saya tidak banyak diubahkan, tetapi gelanggang bola keranjang dulu sudah ditukar kepada tempat letak kereta semasa aku tiada. Tidak banyak guru saya yang mampu membeli kereta pada masa persekolahan saya, kebanyakan murid dan guru saya menggunakkan basikal. Sekarang tiada orang menggunakkan basikal ke sekolah.

Kami sampai ke taman sekolah aku duhulu pada 10:58 pagi. Kelas yang ditunjuk oleh anak panah putih di gambar atas sebelah kanan adalah kelas aku dahulu semasa saya tingkatan 5 pada tahun 1971. Tempat perhimpunan sekolah saya dahulu sekarang sudah jadi sebahagian taman sekolah ini.

Pada tahun 2000 lalu, dewan sekolah ini dibuat di tempat bermain badminton dan tenis. Kebanyakan bangunan sekolah ini dibuat daripada papan dan kayu pada zaman persekolahan saya, tetapi kebanyakan bangunan sekolah aku sudah ditukar kepada bangunan simen.

Sekolah ini mengandungi bilik guru, makmal sains, perpustakaan, dua padang bola kerajaan, padang badminton, bilik stor dan enam bangunan bilik darjah.

Cuma dua bangunan bilik darjah masih kekal dan yang lain sudah dimusnahkan.


SMK Kuching Tinggi telah memenangi pertandingan Bulan Sabit Merah pada tahun 2007 selama 14 tahun yang lalu. Kemenangan ini membawa kegembiran kepada sekolah ini dan aku.

Kumpulan Bulan Sabit Merah Sekolah Tinggi 1971

37 tahun yang lalu, saya juga ialah satu-satunya ahli Bulan Sabit Merah sekolah ini. Gambar di sebelah kiri ini adalah gambar kumpulan aku padatahun 1971.

Bolehkah anda mencari aku dalam gambar tua ini.


Pepatung ini ialah pepatung yang tercantik di Negara Malaysia. Nama pepatung ini ialah Ceriagrion Cerinorubellum.

Pada tahun 1970, seorang murid bernama Lai Jia Chang dari tingkatan 4 mencadang untuk membina Kelad Sains. Aku ialah satu-satunya yang paling awal untuk memasuki kelab itu. Satu projek yang hendak kami buat adalah untuk menukar satu ladang terbiar kepada taman tetepi tiada orang sukakan projek itu dan ia dilupakan oleh kami. Tetapi sekarang ladang terbiar itu sudah dibuat kepada taman yang cantik(ditunjukkan di gambar yang ada tiga orang duduk di atas).


Kami sekeluarga meninggalkan sekolah aku pada 11:31 pagi. Saya harap bahawa sekolah ini masih bertahan supaya cucu aku dapat datang melihat sekolah tersebut.

The Spring Mall - The largest lifestyle mall in SarawakThe Spring Mall - The largest lifestyle mall in Sarawak


Pada 7:30 malam, adik saya(Fook Vui) membawa kami ke pusat membeli-belah  Spring Mall untuk makan malam di foodbazaar.


Pusat Pembelian Spring Mall ini masih baru dan kebanyakan kedai masih beum dibuka.


  Hari 1 2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12 


Thursday, October 23, 2008 11:44:15 AM